Tuesday, 18 March 2008

Tetamu yang tak terundang

Dua minggu lalu, Sabtu Jam 3 pagi
Aku tidur lena atas katilku. Malam sebelumnya terlalu penat menaip laporan dan membuat kajian untuk projek sekolahku. Kedudukan katilku agak berbeza jika dibandingkan dengan katil di bilik2 lain dalam blok asramaku. Aku telah mengubah posisinya spy kakiku tidak menghala ke arah pintu asuk apabila aku tidur. Mengikut kepercayaan Cina, hanya mayat yang 'tidur' dalam posisi sebegini.

Jam 5:30 pagi
Rakan sebilikku terjaga. Rasa pelik seakan2 sesuatu sedang mengganggunya. Jarang baginya untuk terjaga pada awal pagi. Mengikut katanya, dia ternampak seorang berdiri di tepi katilku, bersebelahan dengan pintu bilik kami. Agak2nya 'orang' tu ialah aku. "Dia ni nak buat ape kat waktu sekarang?" fikirnya.

Tetapi sebelum dia sempat memanggil namaku, matanya menyemak ke arah katilku dan rupa2nya aku masih tidur lena atas katil. Siapa pula yang berdiri di bilik kami sekarang? O.0 Melihat dengan lebih teliti, 'orang' tu suatu bayang hitam yang menyerupai wanita bertudung, memegang sesuatu menyerupai bayi. Dengan perlahan, benda itu membengkokkan badannya menghampiriku.

Rakan sebilikku bukannya main terkejut dan takut. Sambil memejam mata, dia melafaz doa supaya benda tu akan meninggalkan bilik kami serta-merta. Selepas beberapa minit, 'tetamu' kita hilang daripada penglihatan.

Ini hanyalah pertemuan yang pertama.


*Entri ini ditaip semasa kelas pemodelan stokastik yang amat sangat sungguh membosankan sekali. dan minta maaf untuk bahasaku yang teruk. -..-

2 comments:

Anonymous said...

kamu sangat bijak, masih ingat guna bahasa menulis. Tatabahasa saya sudah dikembalikan kepada guru. haha! rasa sejuk tengok blog mu... mungkin kamu nak ubah arah katil kamu sekali.

gambateh ya^^

Nai Jiew Mil 奈九米二 said...

kamu pun tak kurang hebat
mengaplikasikan teknik mencipta nama aku

haha tak payah ubah arah katil. ubah arah tidur sudah oklah

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin