Sudah lama saya tidak pernah bertutur/menulis/menggunakan BM dan sekarang saya khuatir piawai[standard?] saya telah merosot dengan banyak. Kalau dikehendaki untuk menduduki ujian PMR sekali lagi, kemungkinan besar saya tidak akan lulus bahkan ujian SPM yang lebih mencabarkan KDK[ketawa dgn kuat? lol]. Setelah datang ke negara jiran kita untuk belajar selama 2tahun lebih, peluang bagi saya untuk mengguna bahasa ini jauh berkurang berbanding dengan zaman ssi di mana saya
Walau bagaimanapun [perkataan yang paling kerap digunakan dalam menulis karangan perbincangan haha], sekarang saya sedang mempelajari satu bahasa baru iaitu bahasa perancis dan dalam masa yang sama saya masih perlu mempertingkatkan piawai BI saya yang tidak pernah memuaskan sejak subjek ini diperkenalkan kepada saya. malunya! o.O Sementara itu, saya rasa bahasa ibunda saya iaitu BC tidak perlu dibimbangkan seperti sewaktu zaman maktab rendah kerana dalam universiti teknologi nanyang, latihan untuk bertutur dalam BC adalah sangat sungguh banyak sekali nian [kesalahan tatabahasa ini dibuat dengan sengaja tapi yang lain saya mohon maaf ya]. tambahan pula, semester yang kedua saya ingin mengambil kursus elektif bahasa jepun. oleh itu, masa untuk bm akan berkurang sekali lagi maknanya saya harus memblog dalam bm supaya kemerosotan bahasa saya tidak begitu teruk haha.
rasanya sampai sini sahaja yang dapat saya tulis kali ini. *Keluh* masa untuk berusaha menjayakan kerja khusus pemasaran, statistik, sifat organisasi dan juga mengulangkaji pelajaran saya yang lama tertangguh memandangkan ujian akhir tahun akan datang dalam masa 6minggu lebih -___- o dan juga membayar hutang tidur saya
selamat tinggal untuk mereka yang ingin membaca catatan diari elektronik saya yang lain.
selamat jalan unutk mereka yang inign berhenti membazir masa dengan melayari laman web yang tak berguna ini.
selamat me-mug untuk mereka yang faham maksud kata kerja ini :P
[sila betulkan kesalahan-kesalahan tatabahasa saya walaupun kemungkinan besar saya tidak akan beri satu damn KDK]
2 comments:
Haha......BM awak tidak seteruk seperti mana yang awak fikirkan...jangan risau...BM ni senang sahaja,lebih senang daripada BI!!!BI membuat saya nak mampus!!!
Post a Comment