29 Mei. Selasa. Langit cerah lagi panas.- Bukit timah purchasing + makan trip Terlepas daripada kurungan Semut Teh Engkau [Ant Tea You] sebaik sahaja kelas perancis aku berakhir pada pukul 1230 hari Selasa. Sekali lagi, saya (dan kawan2ku) balik ke tempat yang penuh dengan memori dan makanan amat sangat sungguh enak sekali. Tujuan utama adalah untuk membeli cat emulsi untuk Perkhemahan Julai ini dan tujuan sampingan adalah untuk memenuhi nafsu aku untuk makan di Pusat Makanan Bukit Timah [Bukit Timah Food Centre] dan juga AngKuKueh dari kedai yang bersebelahan dengannya. :P""
30 Mei. Rabu. Masih panas tanpa setitis air hujan pun.
[foto]
Mee Wanton Gembira - Rahsia tauke: gunakan air panas dan air sejuk. Proses kembang dan kecut dalam jangka masa yang pendek menambahkan lagi rasa Q mee~
[foto]
BakChorMee - Salah satu yang paling aku gemari. Terutamanya hati (organ dalaman) yang ke-bedak-an rasanya. Haha. Dan walaupun rupanya tidak sebagaimana, tapi rasanya memang tak ada gandingan (pada pendapat saya).
[foto]
Kedai kuih-muih yang kamu semua mesti pergi dan cuba! sekarang mereka sudah ada produk baru iaitu Mochi! dan Angkukuehnya pula bervariasi dengan pelbagai flavor~
- Supper night (tocinillo de cielo + angkukueh) Sesi makan lewat malam dengan Day3er yang masih berada kat asrama. Untuk menghabiskan 13biji telur yang tertinggal sejak sesi layang2 minggu lepas. dan resipi telah di-google-kan dan ialah sejenis makanan manis sepanyol! Pada pukul 10mlm, kami mulakan langkah yg pertama: membuat sirap gula.
2. Sediakan 12 biji telur kuning dengan 2 biji telur putih dan campurkan dengan sirap gula tadi
3. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk/cawan/pinggan/apa2saja yang kamu suka.
4. Letak di dalam periuk untuk dikukus dengan air.
5. Jang jang. Output kami selepas kukusan selama 30minit.
6. Mikrowave lagi untuk memastikan telur2 ini betul-betul masak. Haha.
7. Siap! Tocinillo de cielo à la paten Timur!
Selain daripada tocinillo de cielo [Heaven's Little Pig] yang dibuat dengan penuh semangat inovasi dan paten Timur, kami juga makan angkukueh yg dibeli petang tadi (merah cerah: kacang hijau; merah gelap: kacang tanah; hitam-kelabu: kacang masin; kuning: kelapa; hijau: teh hijau jepun; ungu: ubi keladi) :P"""
Malam itu sungguh memenatkan dan aku tidur agak awal..
- Kster session with Les Amis Bersama-sama dengan 3 orang rakan sekelas dalam kelas Bahasa Perancis (Les Amis ialah nama kumpulan kami untuk role-play), aku pergi ke Chinatown untuk sesi K buat kali kedua bulan ini (yang pertama adalah di KotakMerah plaza Pelangi). Harganya di Kster tidaklah semahal seperti apa yang aku jangkakan. tapi biliknya agak kecil jika dibandingkan dengan Kotak Merah. Kita juga boleh dengar apa yang dinyanyikan oleh orang di bilik sebelah.. Akan tetapi, bilangan lagu pilihan masih banyak dan servisnya baik juga. Lagipun, kontrolnya ialah tetikus [computer mouse] dan alat prosesnya ialah PC saya rasa. Oleh sebab itu, masa loadingnya sungguh pendek dan tak ada iklan2 yang buat kacau.
Rua K-ster yet? [ Are You a K-ster yet? -..-"]
Les Amis - CL, ZQ, WJ dan AZ
Walau bagaimanapun, sesi K ini amat menyeronokkan dan minggu depan kami akan pergi ke Taman Pantai Timur [East Coast Park] untuk menaiki basikal. :D
- Winning of a pair of tix to SCREAM07 Dengan sambil lewa, aku meng-emel-kan jawapan untuk kuiz di laman web MuzikSegar malam semalam. dan hahaha. aku muncul sebagai pembaca yang pertama untuk menjawab kuiz itu dengan tepat dan memenangi dua tiket untuk konsert ulang tahun mypaper, di mana SodaGreen akan buat persembahan mereka di Singapura buat kali pertama! Muahaha. tapi mungkin sekali aku tak akan hadir diri sebab aku akan balik ke jb~ (outing kelas telah ditunggahkan :( ) Haha telah mengundur diri daripada kuiz itu dan tiket itu akan diberikan kpd peserta yg kedua terpantas yang sungguh bertuah! dan terima kasih byk untuk MuzikSegar! (muahaha saya masih ialah pemenang hoho)
Poster untuk parti Scream '07
Dan skrang, aku ada baucar untuk Seoul Garden, Pepper lunch dan Kster! Sesiapa yang nak makan sama2 dengan aku amat dialu-alukan! (:
2 comments:
aku nak cuba pepperlunch! Jemputlah saya jika engkau pergi. Saya ada agak banyak masa sekarang selepas tak bekerja.
terlalu lewat. baucar pepperlunch telahpun lepas tarikh luputnya. tambahan pula, akaun bank aku dah hampir kosong dan aku masih belum bayar sewa bilik! shhhhh..
Post a Comment